Satu hari baginda Rasulullah sedang duduk bersama para sahabat sambil makan buah tamar. Sambil berborak-borak Saidina Ali mahu bergurau dengan Rasulullah. Di antara sahabat-sahabat baginda, sebenarnya Ali yang paling banyak makan buah tamar tersebut.
Tetapi secara senyap-senyap Ali meletakkan biji tamar yang beliau makan di tempat Rasulullah letakkan biji-biji tersebut. Seolah-oleh Rasulullah yang makan tamar tersebut.
Kemudian Ali pura-pura berkata kepada Rasulullah di hadapan sahabat-sahabat lain. “Wahai Rasulullah, banyaknya tuan makan buah tamar ini” sambil menunjukkan kepada biji tamar yang Rasulullah makan. Rasulullah tersenyum kerana tahu Ali telah
cuba mengenakan baginda.
Tetapi baginda spontan membalas “Tak mengapalah Ali, aku makan buah tamar banyak, tetapi aku keluarkan bijinya. Tetapi engkau Ali memakan terus semua bijinya“. Sahabat-sahabat semua tertawa.
No comments:
Post a Comment